Monday, August 20, 2012

Resepi Mama Mertua : Satay Ayam

Salam Aidilfitri
Di pagi raya kedua, acara biasa tahunan keluarga mertua adalah menziarahi pusara datuk suami di Kampung Banggol, Pengkalan Chepa. Usai bacaan yasin di pusara, kami bergerak ke rumah datuk saudara suami Fiza di Jalan Seri Cemerlang. Selepas itu, kali bergerak ke rumah adik-adik mama mertua di sekitar Wakaf Che Yeh. Rumah Che Zah ada makan-makan mihun goreng, macaroni goreng n kek. Kesukaan Fiza di rumah Che Zah ni adalah kek karamel. Tapi tahun ni Che Zah xbuat sebab ada cucu baru. Tak dan nak baking.. =)
Seterusnya kami ke rumah Che Jo. Kali ni ada mihun sup, soto dan mcm2 lagi. Alia siap mn sekeping coklat cake.Sedap sgt. Last rumah adalah rumah nenek suami. Macam jauh je bunyinya. Padahal lintas jalan je dari rumah mertua ni. Balik dari jalan-jalan, turn kami plak yang buat menu raya kedua.
Resepi hari kedua adalah Satay Ayam. Mama mertua memang x kedekut ilmu. Siap bagi buku suh salin resepi-resepi turun temurun keluarganya. Menantu yang muka tak malu ni pun apa lagiiiii... salin...
Jom, harini Fiza kongsikan resepi satay mama mertua Fiza ni.


Satay Ayam
Sumber : Mama Mertua


Bahan – bahan (untuk perap ayam) :·        
1 ekor ayam·       
Bawang putih
 6 ulas – dimayang
Serai 4 batang – dimayang
Kunyit hidup 2 inci – di mayang
Lengkuas 5 hiris – dimayang
Halia 1 inci – dimayang
Sedikit garam
Sedikit gula 
 

Cara-cara :
1.  Semua bahan yang dimayang td dimesin bersama sedikit garam. Ketepikan.
2. Ayam dibersihkan dan ditos sehingga kering.
3.  Ayam (diambil isi sahaja) dihiris kecil-kecil secara mengerong.
4.  Perap ayam bersama bahan yang telah dimesin.
5. Masukkan sedikit gula
6.  Cucuk ayam pada lidi
7. Bakar seketika
8. Sedia untuk dimakan.


Petua mama mertua :
Satay ayam lebih baik manis dari masin
Ayam potong serong. Masukkan dari hujung ke hujung dan kepalkan.
Guna minyak dari kuah kacang untuk dititik di atas satay semasa membakar

No comments:

Post a Comment