Sunday, September 9, 2012

Chicken Chop

Assalamualaikum wrt

Lama xupdate blog ni. Bila masak, amik gambar tp xder kesempatan nak masukkan dalam blog. Ni ada masa rehat sekejap, jenguk la. takut bersawang je. Harini Fiza nak kongsikan makanan kegemaran en.hubby. Ni mcm ayam kfc atau chicken chop..

Chicken chop
Sumber : Mama Mertua

Bahan-bahan :
1//4 ekor Ayam (bahagian paha)
Kicap
Garam
Tepung gandum
1 biji telur

Cara-cara :
1. Buang kulit dan tulang ayam tu (part ni paling susah. xnak ayam tu hancur)
2. Perap ayam tu dengan sedikit kicap dan garam untuk lebih kurang 10-20 minit
3. Celup ayam ke dalam telur dan golek ke atas tepung gandum 3 kali secara bergilir-gilir.
4. Gorengkan

Monday, August 20, 2012

Resepi Mama Mertua : Satay Ayam

Salam Aidilfitri
Di pagi raya kedua, acara biasa tahunan keluarga mertua adalah menziarahi pusara datuk suami di Kampung Banggol, Pengkalan Chepa. Usai bacaan yasin di pusara, kami bergerak ke rumah datuk saudara suami Fiza di Jalan Seri Cemerlang. Selepas itu, kali bergerak ke rumah adik-adik mama mertua di sekitar Wakaf Che Yeh. Rumah Che Zah ada makan-makan mihun goreng, macaroni goreng n kek. Kesukaan Fiza di rumah Che Zah ni adalah kek karamel. Tapi tahun ni Che Zah xbuat sebab ada cucu baru. Tak dan nak baking.. =)
Seterusnya kami ke rumah Che Jo. Kali ni ada mihun sup, soto dan mcm2 lagi. Alia siap mn sekeping coklat cake.Sedap sgt. Last rumah adalah rumah nenek suami. Macam jauh je bunyinya. Padahal lintas jalan je dari rumah mertua ni. Balik dari jalan-jalan, turn kami plak yang buat menu raya kedua.
Resepi hari kedua adalah Satay Ayam. Mama mertua memang x kedekut ilmu. Siap bagi buku suh salin resepi-resepi turun temurun keluarganya. Menantu yang muka tak malu ni pun apa lagiiiii... salin...
Jom, harini Fiza kongsikan resepi satay mama mertua Fiza ni.


Satay Ayam
Sumber : Mama Mertua


Bahan – bahan (untuk perap ayam) :·        
1 ekor ayam·       
Bawang putih
 6 ulas – dimayang
Serai 4 batang – dimayang
Kunyit hidup 2 inci – di mayang
Lengkuas 5 hiris – dimayang
Halia 1 inci – dimayang
Sedikit garam
Sedikit gula 
 

Cara-cara :
1.  Semua bahan yang dimayang td dimesin bersama sedikit garam. Ketepikan.
2. Ayam dibersihkan dan ditos sehingga kering.
3.  Ayam (diambil isi sahaja) dihiris kecil-kecil secara mengerong.
4.  Perap ayam bersama bahan yang telah dimesin.
5. Masukkan sedikit gula
6.  Cucuk ayam pada lidi
7. Bakar seketika
8. Sedia untuk dimakan.


Petua mama mertua :
Satay ayam lebih baik manis dari masin
Ayam potong serong. Masukkan dari hujung ke hujung dan kepalkan.
Guna minyak dari kuah kacang untuk dititik di atas satay semasa membakar

Sunday, August 19, 2012

Kenangan Temalir : Sandwich

Godek-godek gambar lama, terjumpa gambar sandwich. Tahun lepas, masa mengajar di SK Temalir, Kuala Krai, Fiza ni jadi Warden Asrama Desa sekolah tu. Masa tu, bila weekend je kena perah otak nk pikir aktiviti apa nak buat. Satu minggu tu, timbul idea nak buat competition memasak. Disebabkan sorg je warden and weekend xder penyelia atau pembantu pengurusan murid bertugas, kena cari idea yang leh jalankan sorg2. Masa tu dahla tengah mengandung. So, sandwich jelah yang mampu dibuat.

Setiap kumpulan diberi 1 tin sardin, 1 biji limau, 1 biji tomato, salad, sos, garam. Hasilnya seperti dibawah. Tapi yang paling penting, budak-budak tu happy. 

* i miss them *
* i miss that time *







Tukang rasa


Pembantu2 tukang rasa, bbdk dewan makan *miss them so much*

Cerciter Aidilfitri

Assalamualaikum..

Kitchen Fiza tutup seminggu ni tp beroperasi di Kitchen Mama Mertua. Hehehe

Tahun ni turn raya di rumah mertua. Lgipun mak dan ayah Fiza mg xder di rumah. Mereka berpuasa sebulan di Makkah dan dijangka balik pada 5 Syawal nnti. InsyaAllah. Kalau dah raya rumah mertua ni, macam2 masakan yang ada sbb mama mertua mmg suka masak. ex-chef katakan.. Menantu tumpang makan je. Hehehe

Harini raya pertama menu nya nasi minyak, kerutub ayam, sambal dan acar. Tu main menu. Lain2 macam biskut, puding laici dan kerepek2 ada la jgk. Menu? nnti next post Fiza masukkan.

Esok plannya nasi himpit, kuah kacang n satay.Kuah kacang dh siap dr semalam. Petua mama mertua, kuah kacang ni kena kacau at least 4 jam. Baru kaw rasanya. Sebab tu dh siap awal2.

Raya ketiga no plan lg. hehehehehe...

Resepi2 akan dikongsi nanti. Penat beraya. xdan nak taip resepi. Stay Tune


Sunday, August 12, 2012

Biskut Cornflake Madu

Hari ni berbuka kat luar since hubby keje walaupun hari Ahad. Fiza mintak cuti sehari dari masuk dapur. Memang betul-betul cuti. Layan Alia main je. Alia tdo, Mama tdo.Hehe.. Masuk dapur untuk goreng fries Alia je.

Tapi...

Balik dari berbuka, teringin nak buat biskut.yan senang-senang je.

So here its it

Biskut Cornflake Madu
Sumber : Umie_e MyResepi


Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )

  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya tuang je madu tu.xsukat-sukat)
  • manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara

  1.  Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
  2.  masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
  3. aduk sampai rata 
  4. masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)

Ingatkan dapat sikit la sebab dia kata resepi di atas dpt 60-70 cawan mini.
So, Fiza double kan. 
Akibatnya, dari kul 10 mlm smpai 1230 tgh malam dok mengisi dalam cup tu.. belom campur nak bakar n masuk balang lagi..

ADOIIIIII
 =)

 

Saturday, August 11, 2012

Dapur Kecilku

Assalamualaikum

My very first entry.. Alhamdulillah.. Akhirnya Fiza made up my mind nak buat satu blog untuk berkongsi (boleh jadi diary masakan untuk kegunaan sendiri jugak..hehehe..tulis d kertas asyik hilang je..) resepi masakan dan makanan kegemaran Fiza dan keluarga. Termasuk yang dimasak di kedai jugak. =)

Sebelum ni, mmg Fiza jarang atau boleh la nak kata tak masak langsung since tinggal ngn parents. Walaupun dah kawen dari 2009 tp disebabkan masalah pertukaran, Fiza stay ngn Mek n Ayoh di Kelantan while hubby keje d Kuantan. Oh, lupa nak kenalkan diri ek. Fiza ni org Kelantan.Hubby pun. Fiza keje Cikgu sekolah rendah. Sedikit pengenalan untuk first entry ni.

Since January 2012, Fiza akhirnya dpt pindah ke Kuantan n bermulalah hidup as isteri dan mama. Fiza dah ada anak sorang, Alia Faqihah. Demi keluarga, Fiza pindah keluar negeri kelahiran dan merantau di sini. Bila dah tinggal bersama, x kan hari2 nak tapau kedai je kan. hehehehe...

Dari kesedaran itulah, Fiza mula beli buku resepi, surf internet (e.g MyResepi) dan call Mek and Mama mertua... Di sebabkan selalu misplaced buku yang salin resepi dan kertas2 jgk, rasa di hati nak buat blog ni. So, kalau ada penambahbaikan, do comment. Saya budak baru belajar masak..

Salam Perkenalan

Puding Laici

Sejak first Ramdhan hingga sekarang dh 22 Ramadhan, dah 4 kali Fiza ulang buat Puding Laici ni. sebelum puasa dah buat 1 kali. Try and error. Campur resepi dr buku, internet dan hasil yg buat xjadi..so skrg dh hapal n leh buat dah.

Puding Laici
Sumber : Pelbagai

Bahan-bahan :
20gm agar-agar (xguna yg debu since first time buat agak xmenjadi)
600ml air (hasil yg xmenjadi disebabkan xkeras ataupun terlampau keras, Fiza buat conclusion, 10gm agar-agar = 300ml air)
1 tin laici
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula

Cara-cara :
1. Panaskan air hingga menggelegak
2. Masukkan agar-agar dan kacau sehingga semua larut.
3. Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
4. Padamkan api.
5. Masukkan air laici dan susu cair
6. Susun buah laici yg telah dipotong kecil-kecil di dalam bekas
7. Masukkan adunan agar-agar ke dalam bekas.
8. Sejukkan

*ada cadangan buah laici diblend..Fiza xcuba lagi*
*pic kena cari dulu. xpenah tangkap gabar agar-agar wpun dah berulang kali masak*

Biskut Coklat Rice / Biskut Nestum

11/08/2012 bersamaan 22 Ramadhan

Eh, dh 22 hari dah puasa. Sebenarnya rajin berblog ni sebab bulan puasa ni hari2 kerah otak pikir nak masak apa untuk berbuka. tambah plak dekat-dekat nak raya ni, kena la buat kuih. Tahun ni raya di rumah mertua since my parents berpuasa n beraya di Makkah. So, untuk first masakan nk share ni, Fiza share biskut yang paling Fiza suka. Kecik-kecik dulu, dah jatuh tahap wajib buat bila nak raya.

Biskut Coklat Rice 

Resepi? 

Alamak, kitab masakan Mek di Kelate la plokkk.. Nak kol, Mek di Makkah, mana nak ingat resepi2 ni. 

Solution ~ Internet kan ada.. Hehehe.. Barang-barang dah beli, tepung dh ayak, ttba tgk resepi tu xbgtaw sukatan gula..alamakkk...tuang jelah. mujur okay. 

Biskut Coklat Urai 
Sumber : dilaOHdila MyResepi

Bahan-bahan :
160 gm mentega 
1 1/2 cawan tepung
 2 sudu tepung jagung 
1 cawan nestum 
1 sudu teh esen vanila 
1 biji telur 
1 sudu teh serbuk penaik 
1/2 cawan coklat urai 
1/2 cawan kelapa kering

*xder sukatan untuk gula. so, Fiza masukkan 80gm gula castor.kurang manis sikit.so,  tambah la sikit lagi ye*

Cara-cara :
1) pukul gula & mentega seketika
2) kemudian masukan telur, esen vanila dan bahanbahan lain. gaul rata
3) Terapkan ikut acuan atau bulat2kan & tekan dgn garfu sahaja. 
4) bakar dalam oven 170C dalam masa 10-15 minit. selamat mencuba



sebelum masuk oven. jgn buat besar2 sbb biskut ni agak mengembang


dah siap masak

oh, lepas 3 adunan masak, baru sedar yg kat internet nama dia Biskut Nestum. Patutla bila search "Biskut Coklat Rice" xdapat2. huhuhuhu

Boleh jgk ikut resepi ni.. Anyam Bakul.Pun menarik. Esok nak cuba lah. Tp lebih menarik if tambah coklat rice kot