Saturday, August 11, 2012

Biskut Coklat Rice / Biskut Nestum

11/08/2012 bersamaan 22 Ramadhan

Eh, dh 22 hari dah puasa. Sebenarnya rajin berblog ni sebab bulan puasa ni hari2 kerah otak pikir nak masak apa untuk berbuka. tambah plak dekat-dekat nak raya ni, kena la buat kuih. Tahun ni raya di rumah mertua since my parents berpuasa n beraya di Makkah. So, untuk first masakan nk share ni, Fiza share biskut yang paling Fiza suka. Kecik-kecik dulu, dah jatuh tahap wajib buat bila nak raya.

Biskut Coklat Rice 

Resepi? 

Alamak, kitab masakan Mek di Kelate la plokkk.. Nak kol, Mek di Makkah, mana nak ingat resepi2 ni. 

Solution ~ Internet kan ada.. Hehehe.. Barang-barang dah beli, tepung dh ayak, ttba tgk resepi tu xbgtaw sukatan gula..alamakkk...tuang jelah. mujur okay. 

Biskut Coklat Urai 
Sumber : dilaOHdila MyResepi

Bahan-bahan :
160 gm mentega 
1 1/2 cawan tepung
 2 sudu tepung jagung 
1 cawan nestum 
1 sudu teh esen vanila 
1 biji telur 
1 sudu teh serbuk penaik 
1/2 cawan coklat urai 
1/2 cawan kelapa kering

*xder sukatan untuk gula. so, Fiza masukkan 80gm gula castor.kurang manis sikit.so,  tambah la sikit lagi ye*

Cara-cara :
1) pukul gula & mentega seketika
2) kemudian masukan telur, esen vanila dan bahanbahan lain. gaul rata
3) Terapkan ikut acuan atau bulat2kan & tekan dgn garfu sahaja. 
4) bakar dalam oven 170C dalam masa 10-15 minit. selamat mencuba



sebelum masuk oven. jgn buat besar2 sbb biskut ni agak mengembang


dah siap masak

oh, lepas 3 adunan masak, baru sedar yg kat internet nama dia Biskut Nestum. Patutla bila search "Biskut Coklat Rice" xdapat2. huhuhuhu

Boleh jgk ikut resepi ni.. Anyam Bakul.Pun menarik. Esok nak cuba lah. Tp lebih menarik if tambah coklat rice kot

No comments:

Post a Comment